MENYEPI selama 14 tahun daripada industri muzik bukan bermakna bekas vokalis utama kumpulan Okay merajuk dengan bidang yang diceburinya itu. Tetapi, dalam diam beliau mempunyai perancangan yang perlu diberi perhatian untuk kembali bergiat aktif sebagai anak seni.
Pemilik nama Nazrin Ahmad atau mesra dipanggil Jereen itu pernah berjuang bersama-kumpulan Okay sejak 1998 hingga ia berpecah pada 2000. Bernaung di bawah syarikat rakaman Ambang Klasik dan TV3, kumpulan itu berjaya menghasilkan satu album, Rezeki
Jereen mula mencipta nama berbekalkan suara serak-serak basahnya menerusi lagu Ku Relakan Dikau Pergi dan Nazaliza yang menjadi lagu hits ketika itu. Selain dua lagu itu, lagu lain yang turut popular dan menjadi juara carta radio ialah Gelora, Doa Untuk Ibu dan Lumrah Percintaan.
Kata Jerren, sepanjang 14 tahun itu, dia bukanlah terus menyepikan dari dunia hiburan sebaliknya turut menerima undangan menyanyi bagi korporat pertunjukan di sekitar Johor.
“Saya bukan hanya menjadi penghibur, tetapi turut menjayakan majlis sebagai pengacara. Walaupun sudah lama tidak tampil di khalayak ramai untuk membuat persembahan nyanyian, vokal saya masih sama seperti 14 tahun lalu.
“Kini saya bernaung di bawah syarikat Aitech Enterprise dan album baru turut diterbitkan syarikat rakaman itu. Album diberi judul Aku Kembali menggambarkan diri saya yang kembali semula ke dunia hiburan setelah sekian lama menyepikan diri.
“Ia memuatkan lima lagu dan semua lagu itu disusun oleh Maman. Album ini memuatkan tiga lagu cinta, satu lagu berkonsepkan Ketuhanan dan satu lagu bonus versi unplugged menggunakan gambus,” katanya.
Lagu-lagu yang ada dalam album itu sudah diputarkan stesen radio di sekitar Johor. Lagu Sakti Cintaku dan Kembali adalah antara lagu yang menduduki carta hits radio.
Album yang dihasilkan selama enam bulan itu dijual dengan harga RM15.90. Peminat Jereen juga boleh membuat tempahan melalui laman blognya http://deejayai.blogspot.com dan laman sosial Facebook jereenkembali@yahoo.com (Jereen Kembali).
Ketika ditanya pantang yang diamalkannya bagi mengekalkan kualiti suaranya, beliau hanya ketawa dan mengatakan beliau tidak mengamalkan sebarang pantang. Penyanyi kelahiran Sri Gading, Batu Pahat ini mengakui menggemari makanan pedas dan hanya berpantang minum minuman sejuk dua hari sebelum konsert.
Beliau berharap seandainya diberikan peluang, ingin sekali beraksi di pentas bersama-ahli kumpulan Okay.
Jereen turut menyimpan impian berduet dengan Elly Mazlein suatu hari nanti.